PROJEK WAKAF MASJID PEKA DI KEMBOJA

PROJEK WAKAF PEMBINAAN MASJID PEKA 

DI KEMBOJA

Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) kini membuka ruang dan peluang kepada semua sahabat untuk bersama dalam Projek Wakaf Pembinaan Masjid PEKA yang akan dibina di sebuah kampung di Kemboja. Ia bagi memenuhi hasrat penduduk kampung muslim bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lebih sempurna serta dapat menjalankan pelbagai projek pendidikan Islam. 

Jumlah pembiayaan bagi membina Masjid dan sebuh kompleks pendidikan adalah sebanyak RM 200 000 (Dua Ratus Ribu Ringgit), dan dijangka akan dimulai proses pembinaan selepas Aidiladha 2022. 

Berikut ini disertakan maklumat dan pelan pembinaan Masjid PEKA: 

Rangka Asas Pembinaan Masjid

Rupa Bentuk Masjid

Kompleks Pendidikan menempatkan 2 kelas

Geran tanah dan kelulusan tanah wakaf

Lokasi Pembinaan Masjid : Phum Okmum Wilayah Ratanak mondul Battambang Province, Cambodia

Kami menjemput sabahat semua untuk berwakaf dalam projek ini sama ada untuk diri sendiri, ahli keluarga atau buat insan tersayang yang telah kembali kepada Allah.. 

Semoga jariah ini diredhai Allah dan kita semua dalam keberkatanNYA… 

Maklumat lanjut, boleh hubungi pegawai berikut: 

Dr Siti Taniza Toha : www.wasap.my/60122548112

Hj Sulaiman Ahmad : www.wasap.my/60122886491

Saffuan Abdullah : www.wasap.my/601139368672

Perlu Bantuan?